Pemasangan Barrier & Papan Tanda Larangan

Hasil tinjauan oleh pihak sukarelawan ketika proses pemasangan billboard, kami telah mendapati bahawa terdapat sisa sampah telah dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tapak masjid.
Antara lokasi yang telah dikenalpasti adalah laluan masuk tapak masjid di bulatan dan kawasan sekitar billboard.
Sehubungan itu, pihak sukarelawan telah membuat hebahan kesedaran melalui group whatsapp komuniti bagi mendapatkan kerjasama penduduk setempat agar membuat pemantauan berkala.
Di samping, pihak sukarelawan telah meminta bantuan En Fizi selaku wakil Muafakat Bandar untuk meminta jasa baik beliau berbincang dengan pihak pemaju, Matrix Concept dan pihak pembersihan awam iaitu SWM bagi tindakan lanjut.
Hasil perbincangan mereka, kerja-kerja pembersihan, menaikkan papan tanda larangan pembuangan sampah, dan penyusunan barrier di lokasi berkenaan telah dijalankan.
Pihak AJK Media dan Sukarelawan Masjid Bayu Sutera telah merakamkan penghargaan terhadap kerjasama ini bagi memelihara kebersihan tapak masjid, selain itu mendidik Komuniti Bayu Sutera akan cakna akan hal ehwal taman terutama aspek kebersihan tapak masjid.